Jumlah ahli yang berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam sehingga kini adalah seramai 561 orang.

photo 2016-10-18 17-55-26

 

Pusat Internet 1Malaysia Kampung Baru Pokok Assam

 

photo 2015-10-12 16-58-15

 

 

13521680 1251303698233253 996477743 n

 

          Pusat Internet 1Malaysia Kg.Baru Pokok Assam Taiping, Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, kemudahan internet sangat penting bagi menyampaikan maklumat secara pantas dan menyeluruh. Melalui laman web ini, pihak kami berharap akan dapat memberi informasi terkini berkaitan Pusat Internet 1Malaysia kepada semua warga Malaysia sebagai salah satu usaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan, terutama luar bandar terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dan dunia digital sesuai dengan transformasi masyarakat dunia luar. Selain itu, pusat ini dapat membantu meningkatkan taraf eknonomi dan sosial masyarakat melalui pelbagai kemudahan teknologi yang di sediakan dan dilaksanakan di Pusat Internet 1Malaysia. Proses ini mampu merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Internet 1Malaysia merupakan sebuah projek di bawah Program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (PPS@USP) yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan di bangunkan oleh MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. selaku pemaju projek, Maka, melalui penubuhan laman web ini, diharap dapat meningkatkan jaringan hubungan di antara komuniti dan Pusat Internet 1Malaysia. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari laman web Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam.

13521215 1251303671566589 1927379193 n

 

13515358 1251303661566590 1870818980 n