Nama   : Azizah bt. Abdul Aziz

Umur    : 70

Ahli       : 2016

 

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DAN MAKANAN TRADISIONAL

Latar Belakang

Puan Azizah adalah salah seorang pengguna setia perkhidmatan di Pusat Internet. Beliau merupakan warga emas berstatus ibu tunggal. Selain aktif menjadi Pengerusi Ibu Tunggal kawasan Taiping. Beliau amat berminat untuk menceburi bidang perniagaan online selain ingin berkongsi kebaikan produk kesihatan dan makanan tradisional yang diusahakannya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Azizah hanya mahir menggunakan SMS seperti Whatsapp dan hanya tahu mengenai medium atas talian untuk berniaga tetapi tidak pernah menggunakannya. Produk yang dibeli hanya digunakan sendiri dan dijual kepada rakan dan saudara terdekat. 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Azizah semakin mahir menggunakan media sosial seperti FB dan Dashboard Komuniti. Beliau mempelajari penggunaan komputer, internet dan berjaya menghasilkan akaun pernigaannya di fb, memuat naik imej di dashboard komuniti dan mengambil produknya dengan lebih baik.Pelbagai kelas dihadiri beliau dan terus menyokong aktiviti di Pusat Internet.  
C:\Users\User\Downloads\Telegram Desktop\photo_2017-03-22_12-59-38.jpg
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nama   : Selasiah bt. Asri

Umur    : 50

Ahli       : 2016

 

USAHAWAN PERNIAGAAN DOBI

Latar Belakang

Puan Selasiah adalah seorang ibutunggal yang menyara anaknya dengan membuat perkhidmatan dobi dirumah. Pendapatan beliau adalah bergantung sepenuhnya dengan perusahaan dobi kecil-kecilan dirumahnya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Puan Selasiah hanya menjalankan perniagaan di rumah. Pelanggannay adalah terdiri daripada rakan-rakan dan jirna tetangga. Puan Selasiah juga tidak mengiklankan perniagaanya dimana-mana kerana tidak mahir menggunakan media social mahupun mengedarkan risalah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
 
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Selasiah semakian mahir menggunakan media social seperti FB dan Dashboard Komuniti. Beliau mempelajari penggunaan computer, internet dan berjaya menghasilkan akaun pernigaannya di fb, memuat naik imej di dashboard komuniti dan mengedarkan risalah hasil idea beliau sendiri.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

USAHAWAN ONLINE PAKAIAN MUSLIMAH 

Nama  : Saliza bt. Mat Isa

Umur   : 47 tahun

Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Puan Saliza merupakan wanita bekerjaya kerana mengusahakan perniagaan kuih tradisional dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan pakaian muslimah pada masa lapang. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Puan Saliza hanya menerima tempahan menghasilkan kuih dan tidak pernah menggunakan computer atau system atas talian untuk melakukan perniagaan. Beliau menjual produknya secara langsung di gerai miliknya. 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 1Malaysia
Selepas menjalani latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Pokok Assam, Puan Saliza mempelajari penggunaan komputer, internet dan berjaya menyertai perniagaan atas talian dropship dan menghasilkan akaun fb Gorgeous Muslimah Clothing. 
 
 

BELAJAR INTERNET, MICROSOFT OFFICE & MEDIUM SOSIAL

Nama  : Lee Az Yeen

Umur   : 40

Ahli      : 2016

 

 Latar Belakang

Cik Lee Ai Yeen telah berdaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Pokok Assam pada 27/12/2016. Beliau merupakan golongan istimewa (OKU) kerana menghidap penyakit Skizofrenia. Walaupun begitu, beliau tidak memberi sebarang masalah terhadap petugas Pusat Internet semasa menghadiri kelas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengikuti kelas ICT, Cik Lee Ai Yeen tidak tahu melayari internet dan menaip. Beliau juga tidak pernah menggunakan medium sosial seperti Youtube
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas beberapa sesi kelas, beliau sudah tahu melayari internet dan menaip surat dengan baik, membuat jadual/penyata. 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

USAHAWAN KECIL PERKHIDMATAN LANDSKAP

Nama  : Mohamad Kamarul b. Mat Isa

Umur   : 28 tahun

Ahli      : 2016

 

Latar Belakang

Mohamad Kamarul merupakan seorang yang bekerja sendiri dalam bidang landskap. Dia bertindak sebagai pembantu pemasaran bagi mempromosikan perkhidamtan landskap yang dijalankan oleh ahli keluarganya 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Mohamad Kamarul merupakan seorang yang kurang berpengatahuan menggunakan internet. Dia melakukan pemasaran produknya melalui rakan dan saudara-mara. Dia hanya menjalankan pemasaran melalui pertemuan dengan klien di luar talian. 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dijalankan dia telah membuka akaun fb bagi mempromosikan produknya.  Beliau mula mewujudkan halaman utama untuk penjualan produknya dan berani menggunakan perkhidmatan perbankan secara online.