Tarikh   : 1 December 2018

Masa     :2.30 Petang - 4.30 Petang 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 6 orang

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan para pelajar cara bagaimana menggunakan Facebook dengan baik dan cara berhemah. Selain belajar membuat akaun mereka juga didedahkan dengan kesan-kesan sekiranya meng' upload' gambar yang bukan-bukan.

 

AKTIVITI

Pelajar diajar secara berperingkat dan satu persatu supaya lebih mudah difahami tentang bagaimana cara-cara untuk membuat akauan FB yang selamat. Selain itu mereka juga di beri sedikit pengenalan tengtang bahaya FB sekiranya disalahgunakan.

 

gambar di sini

Tarikh   : 02  December 2018

Masa     :2.30 Petang - 4.30 Petang 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai Pixel Art yang mana boleh dilakukan dengan menggunakan Ms Excel. Selain itu, para pelajar juga dapat tahu mengenai seni pixel dan penghasilannya

Aktiviti

Setiap peserta dikehendaki melukis gambar berbentuk ice cream seperti yang terdapat di screen.

 

gambar di sini

Tarikh   : 12  November 2018

Masa     :2.30 Petang - 4.30 Petang 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 8 orang

 

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan para pelajar mengenai microsoft excel. Selain itu juga para pelajar diajar secara individu bagaimana menghias dan mencantikkan jadual supaya penulisannya menjadi lebih kemas dan teratur. Tambahan lagi, pelajar-pelajar juga diajar mengenal simbol-simbol dan icon-icon baru yang ada di microsoft excel.

 

AKTIVITI

Pelajar diajar secara berperingkat dan satu persatu supaya lebih mudah difahami bagaimana cara-cara untuk menggunakan setiap icon-icon dan simbol-simbol yang terdapat di mikrosoft excel. Selain itu juga mereka juga diuji dengan cara yang sama bagaimana untuk membuat jadual seperti yang diajar tadi.

 

Gambar disini

Tarikh   : 29  November 2018

Masa     :2.30 Petang - 4.30 Petang 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 8 orang

 

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkn lagi tahap pengetahuan para pelajar mengenai adobe photoshop.Para pelajar juga dapat belajar cara-cara membuat dan mengedit gambar untuk menjadi lebih menarik.Selain itu, ia dapat menambahkan pengetahuan baru kepada pelajar mengenai adobe photoshop ini.

 

AKTIVITI

Pelajar dilatih menggunakan komputer masing-masing untuk mencuba sendiri cara untuk menghasilkan gambar atau mengedit gambar sedia ada dengan lebih cantik dan menarik.

 

 

gambar di sini

 

Tarikh   : 26  November 2018

Masa     :10.00 Pagi - 12.00 tengahari 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 6 orang

 

 

TUJUAN 

Lawatan ini disertai oleh 5 orang pelajar UNITAR Kampar, perak yang diketuai oleh Mr Hao selaku penyelaras mereka. Tujuan mereka datang ke pusat internet adalah untuk mengetahui tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Taping dan juga sekitar pokok assam. Selain itu mereka juga ingin mengetahu selok belok dan asal usul Kg Baru Pokok Assam dan juga serba sedikit mengenai Taiping.

 

AKTIVITI

Pusat Internet Pokok Assam mengambil inisiatif ini bagi mempromosikan Pusat Internet disini dengan mengenalkan mereka tenteng Dashboard Komuninti dan juga program-program yang telah berlangsung sepanjang pembukaan pusat internet ini.Selain itu, mereka juga telah menyaksikan satu demonstrasi 3D printer yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Baru Pokok Assam.

 

Gambar di sini