Tarikh   : 10 December 2018

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas e-learning (keyboard challenge) ini diadakan untuk menguji kecekapan dan kepantasan peserta menaip menggunakan keyboard komputer.

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Petugas memberikan beberapa tips cara menggunakan keyboard untuk menaip dengan lebih pantas. Peserta diberi satu permainan yang dinamakan permainan Keyboard Challenge untuk menguji kecekapan dan kepantasan peserta menaip.

 

gambar di sini

Tarikh   : 27 December 2018

Masa     :10.00 pagi - 12.00 tghari

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 1 orang

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan adalah untuk belajar cara-cara bagaimana untuk mengedit gambar berukuran passport dengan cara yang paling senang iaitu menggunakan microsoft power point.

 

AKTIVITI

Pelajar diajar bagaimana mengedit gambar menggunakan Microsoft Power Point . Selain itu pelajar juga diajar untuk mengetahui saiz-saiz gambar yang sesuai untuk diletakkan di resume, ic dan sebagainya.

 

Gambar di sini

Tarikh   : 10 December 2018

Masa     :9.30 Pagi - 11.30 Pagi 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 6 orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan setiap hari Jumaat untuk menghormati hari Jumaat adalah penghulu Hari bagi umat Islam. Tujuan kelas ini diadakan bagi mempelbagaikan lagi bidang pengajaran melalui komputer. Disamping itu, dapat menarik minat para pelajar untuk mengingati surah-surah asas dengan cara yang mudah.

 

Aktiviti

 

Pelajar ditayangkan video surah-surah pendek dan menghafal surah-surah pendek melalui vidio yang ditayangkan.Mereka juga dibetulkan pembacaan mereka.Disamping itu , mereka juga diajar menghafal asma al-husna 99 nama Allah.

 

gambar di sini

Tarikh   : 23 December 2018

Masa     :2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 9 orang

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar menaip dengan lebih cekap, betul dari segi ejaan dan pantas menyiapkan tugasan.Tujuan lain juga adalah untuk bertanding antara sesama pelajar siapa yg lebih cepat menaip dengan baik dan kemas.Mereka juga dilatih membuat surat rasmi 

 

Aktiviti

Pelajar diberikan contoh surat rasmi yang akan ditaip untuk kelas test typing ini.Pelajar juga diajar cara mengisi isi kandungan yang perlu ada di dalam surat rasmi tersebut supaya memudahkan mereka untuk menaip. Pelajar yang pantas menaip dengan baik, kemas dan teratur diberikan saguhati seperti pen dan button pin.

 

Gambar di sini

Tarikh   : 09 December 2018

Masa     :2.30 Petang - 4.30 Petang 

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam

Peserta : 8 orang

 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan sebagai mengisi masa yang terluang disamping mengulangkaji peribahasa-peribahasa yang telah mereka belajar. Mereka juga belajar peribahasa yang baru dan mengetehui maknanya.

Aktiviti

Para pelajar perlu melayari Kahoot.it dan petugas memilih soalan dan terpapar di skrin dan pelajar perlu memilih jawapan yang tepat dengan pantas untuk memperoleh kedudukan teratas.

 

gambar disini