Tarikh   : 26 Ogos 2018

Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pokok Assam

Peserta : 2 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran menaip, membuat jadual dan explore secara mendalam di bahagian home dan insert dan kenalpasti kegunaan setiap elemen.

Aktiviti

Peserta diberi hard copy memo dan mereka perlu hasilkan memo mengikut hard copy tersebut. Selepas selesai, mereka diajar cara untuk save kerja dan mencipta folder. 

Gambar Disini

 

Tarikh    : 14 Ogos 2018

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pokok Assam

Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip dikalangan pelajar sekolah rendah selain belajar perkataan dan maksud dalam Bahasa Inggeris

Aktiviti

Para pelajar dikehendaki melayari laman web www.abcya.com dan memilih tajuk Keyboarding Chase. Para pelajar bersaing sesama sendiri dalam permainan ini di mana mereke perlu menaip secara tepat dan pantas dan diakhir permainan nama peserta yang terpantas akan dipaparkan di skrin.

Gambar Disini

Tarikh    : 21 Julai 2018
Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi   : Pusat Internet Pokok Assam
Peserta : 7 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai Seni Khat Kufi yang mana boleh dilakukan dengan menggunakan Ms Excel. Selain itu, para pelajar juga dapat tahu mengenai Khat Kufi dan penghasilannya.

Aktiviti

Setiap peserta memilih kalimah Islam yang dikehendaki dan pemilihan warna bergantung pada kreativiti sendiri. 

Gambar Disini

Tarikh     : 7 Ogos 2018

Masa      : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi    : Pusat Internet Pokok Assam

Peserta  : 3 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Word. Sebelum ini, mereka faham Microsoft Word hanya digunakan untuk menaip surat sahaja walhal banyak lagi kegunaan Microsoft Word seperti membina jadual, carta dan sebagainya. 

Aktiviti

Peserta diberi dua tugasan iaitu yang pertama untuk menyediakan Jadual Aktiviti dan contoh diberikan dalam bentuk hard copy. Tugasan yang kedua pula mereka perlu menyiapkan Laporan Kewangan berpandukan hard copy yang diberi. 

Gambar Disini

Tarikh    : 14 Julai 2018
Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi   : Pusat Internet Pokok Assam
Peserta : 7 orang

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta mengenai penghasilan Perkataan Berbelon dengan menggunakan Ms Publisher. Selain itu juga, kelas ini dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari Microsoft Office dengan cara yang paling menyeronokkan iaitu bermain dengan warna, rekaan, design dan sebagainya.

Aktiviti

Setiap peserta mencipta perkataan masing-masing dan teknik penghasilan bubbles diajar secara terperinci. Seterusnya peserta diminta untuk memilih warna-warna yang terang untuk menampakkan kesan belon-belon kecil disekeliling baris perkataan. Mereka sangat teruja menyertai aktiviti ini kerana mereka berkata ianya suatu teknik yang baru dan mudah difahami dan boleh digunakan untuk penghasilan kerja kursus sekolah kelak.